CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 6, 2008

JeJak KegEmiLanGan... bersama tunas-tunas bangsa yang akan menggempar dunia..











Seuntai kenangan PPOU bersama Jejak Kemilangan 2008... Terpotretnya keceriaan di wajah pelajar PPOU yang menjadi fasilitator untuk program yang diilhamkan dan direalisasikan oleh Yayasan Tenaga Nasional(YTN) ini... Program Jejak Kegemilangan ini diadakan setiap tahun oleh YTN untuk membantu dan memberi peluang pelajar-pelajar luar bandar di seluruh Malaysia untuk datang ke bandaraya Kuala Lumpur ini untuk suntikan semangat bagi mereka untuk terus berjaya dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi...








Dengan adanya program ini,pelajar-pelajar luar bandar didedahkan dengan pembangunan Malaysia dan modenisasi yang gah perkembangannya di persada dunia.. Para peserta dibawa melawat ke Planetarium Negara,Menara Kuala Lumpur,KLIA dan Stesen Janakuasa TNB di Putrajaya... Melalui lawatan ini,mereka dapat melihat dan mempelajari variasi teknologi dan kemajuan yang telah negara kita kecapi.. Dalam program Jejak Kegemilangan ini juga,mereka diberi ceramah oleh Dr. Aziz Sahat,Datin Paduka Sharifah Mazlina dan ceramah English Sure Boleh oleh Coach Riz dan Sha agar mereka terus cekal dan tekun untuk berjaya dalam peperiksaan sekaligus merubah nasib keluarga mereka di masa hadapan..










Kami selaku fasilitator bagi program ini amat berbangga kerana dapat turut sama membantu menjayakan program ini.. Melalui program ini,kami boleh mendekatkan diri dengan adik-adik peserta yang sangat ramah dan berkongsi pengalaman serta memberikan mereka sedikit tips untuk cemerlang... fasi2 menjaga anak buah masing-masing dengan penuh kasih sayang macam adik-adik kami sendiri... ketika hari perpisahan.. Fasi2 dan para adik2 peserta menangis kerana tidak sanggup untuk berpisah..tp..masa tidak mengizinkn...cukup 5 hari kami bersama..kenangan pahit manis dan suka duka terlakar di wajah perpisahan yang amat mengharukn... Bangganya kami kerana diberi peluang untuk bersama menjayakan program ini.. bersama tunas-tunas yang akan menyinar di masa hadapan.. tunas yang akan membawa Malaysia gagah seantero dunia..











Adik2 ku...




tekunlah..tabahlah..




carilah sinar kejayaan dalam gelitanya dunia..




Ayuh bangun..




Menerpa peluang yang ada di setiap sudut kesusahan..




Mencari jaya di ufuk kehidupan...

Dan........................ Apa yang penting?????????????? KERJASAMA
PPOU>>>>>>>>>>>>>>>>
............MANTAP









1 comments:

Unknown said...

Masih adakah gambar flower girl tu ngan angkasawan waktu malam terakhir?