CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, November 24, 2008


Perhatian kepada PPOU o7/08 a.k.a "House of PPOU"....

Setelah bertungkus lumus, inilah dia lakaran baju yg bakal anda terima (hasil kreativiti Shafiq) ketika perjumpaan dengan sponsors masing2.... Kalau tak silap time "free departure" nanti (bulan Januari depan)............................. Sumber, Nurfarahain

Seperti yang digembar-gemburkan, ukuran saiz akan berubah di mana saiz nya lebih besar drpd biasa. (yang biasa pakai saiz M jadi saiz L...).......... Sumber, Siti Sarah.

Sebarang buah fikiran dan pendapat haruslah disuarakan terus kepada Syafiq sebelum / ketika BTN nanti dan sila berfikir dengan waras ketika memilih saiz masing-masing karena saiz itulah yang akan anda pakai nanti sehingga ke akhir hayat (Mendalam mksudnya tue..)... Sila berurusan dengan penuh budi bahasa dan tatasusila ketika berdepan dengan pihak yg berwajib (Juga ketika BTN.. Tapi, lagi cepat lagi bagus...).

Sekian..... Terima Kasih (Good Luck BTN...)

Saturday, September 13, 2008

Massey University

http://www.massey.ac.nz/

CGPA :2.8

Victoria University

http://www.vu.edu.au/
 
CGPA : 3.0

University Of Otago

http://www.otago.ac.nz/

Ielts : overall 6 (no less than 6.0)
CGPA : 3.0

Ranking :114

University Of Canterbury

http://www.auckland.ac.nz/

Ielts:overall 6 (reading and listening 5.5 writing and speaking 6.0)
CGPA:3.3(no grade below than B)

Ranking:188

University Of Auckland

http://www.auckland.ac.nz/

Ielts:6.0(no band less than 5.5)
CGPA:2.8

Ranking:50

University of Adelaide

http://www.international.adelaide.edu.au/

Ielts :Overall score of 6.0

and
Band score of 6.0 in Writing and Speaking
and
Band score of 5.5 in Reading and Listening

CGPA :2.7

Ranking:62

The University Of Queensland

http://www.uq.edu.au/

Ielts: 6.5(Writing 6.0)
CGPA:2.7

Ranking : 33

Monash University

http://www.monash.edu.au/

Ielts : minimum test score of 6.5 overall
           at least 6.5 in Reading and Listening
           at least 6.0 in Writing and Speaking

CGPA : 2.7

The University Of New South Wales

http://www.unsw.edu.au/

Ielts : Overall 6.5(no band less than 6.0)
CGPA:3.3
Ranking:44

University Of Melbourne

http://www.unimelb.edu.au/

IELTS: 6.5 (with no band less than 6)
CGPA : 3.3

Saturday, September 6, 2008

Bowling.... Coretan.. Ukhwah antara Senior dan Junior





Meraikan kedatangan pelajar-pelajar PPOU yang baru(junior)....... kami telah mengadakan pertandingan bowling di Mines Shopping Complex.. Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara pelajar junior dan senior agar tiada jurang perbezaan antara kami sekaligus mengumpul dana untuk Projuk Curahan Kasih Intaian Sayang.....




Pertandingan ini di jalankan secara berkumpulan... Satu kumpulan terdiri daripada 3 orang..

Terdapat pusingan awal dan pusingan akhir.... 8 kumpulan terhebat memasuki peringkat akhir.... Kami bertanding bukan kerana hadiah...bukan kerana nama.... tapi..kegembiraan di wajah adalah ukuran... senyum...tawa...keriangan yang jelas terukir di wajah pelajar PPOU....


PPOU MANTAP.............

JeJak KegEmiLanGan... bersama tunas-tunas bangsa yang akan menggempar dunia..











Seuntai kenangan PPOU bersama Jejak Kemilangan 2008... Terpotretnya keceriaan di wajah pelajar PPOU yang menjadi fasilitator untuk program yang diilhamkan dan direalisasikan oleh Yayasan Tenaga Nasional(YTN) ini... Program Jejak Kegemilangan ini diadakan setiap tahun oleh YTN untuk membantu dan memberi peluang pelajar-pelajar luar bandar di seluruh Malaysia untuk datang ke bandaraya Kuala Lumpur ini untuk suntikan semangat bagi mereka untuk terus berjaya dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi...








Dengan adanya program ini,pelajar-pelajar luar bandar didedahkan dengan pembangunan Malaysia dan modenisasi yang gah perkembangannya di persada dunia.. Para peserta dibawa melawat ke Planetarium Negara,Menara Kuala Lumpur,KLIA dan Stesen Janakuasa TNB di Putrajaya... Melalui lawatan ini,mereka dapat melihat dan mempelajari variasi teknologi dan kemajuan yang telah negara kita kecapi.. Dalam program Jejak Kegemilangan ini juga,mereka diberi ceramah oleh Dr. Aziz Sahat,Datin Paduka Sharifah Mazlina dan ceramah English Sure Boleh oleh Coach Riz dan Sha agar mereka terus cekal dan tekun untuk berjaya dalam peperiksaan sekaligus merubah nasib keluarga mereka di masa hadapan..










Kami selaku fasilitator bagi program ini amat berbangga kerana dapat turut sama membantu menjayakan program ini.. Melalui program ini,kami boleh mendekatkan diri dengan adik-adik peserta yang sangat ramah dan berkongsi pengalaman serta memberikan mereka sedikit tips untuk cemerlang... fasi2 menjaga anak buah masing-masing dengan penuh kasih sayang macam adik-adik kami sendiri... ketika hari perpisahan.. Fasi2 dan para adik2 peserta menangis kerana tidak sanggup untuk berpisah..tp..masa tidak mengizinkn...cukup 5 hari kami bersama..kenangan pahit manis dan suka duka terlakar di wajah perpisahan yang amat mengharukn... Bangganya kami kerana diberi peluang untuk bersama menjayakan program ini.. bersama tunas-tunas yang akan menyinar di masa hadapan.. tunas yang akan membawa Malaysia gagah seantero dunia..











Adik2 ku...




tekunlah..tabahlah..




carilah sinar kejayaan dalam gelitanya dunia..




Ayuh bangun..




Menerpa peluang yang ada di setiap sudut kesusahan..




Mencari jaya di ufuk kehidupan...

Dan........................ Apa yang penting?????????????? KERJASAMA
PPOU>>>>>>>>>>>>>>>>
............MANTAP









Wednesday, July 30, 2008

SaTu SeMaNgaT, SaTu TuJuaN, SaTu DesTiNaSi...

Program PPOU 07/08 telah melakar 1001 kenangan dan telah menyatukan puluhan hati dengan kasih sayang dan persahabatan yang amat sukar dilupakan. Sepanjang program ini selama setahun yang lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan dan aktiviti-aktiviti itulah yang sedikit sebanyak menguatkan lagi ikatan di antara kami.

Dimulakan dengan minggu suai kenal pada minggu pertama selepas pendaftaran di mana setiap pelajar mula mengenali antara satu sama lain. Dengan bimbingan senior yang lebih berpengalaman, setiap batu penghalang dan kejutan budaya sebagai pelajar universiti ditempuhi bersama. Tanpa rasa benci dan prejudis antara satu sama lain, pelajar yg datang dari pelbagai latar belakang dan gaya pemikiran yg berbeza terus mengukuhkan keazaman untuk menimba ilmu demi satu matlamat yg sama.







Bergandingan bahu dengan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), sesi pembelajaran bermula dengan tugasan yang semakin bertambah dari hari ke sehari tetapi setiap pelajar terus berusaha sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yg terbaik selaras dengan status “Pelajar Terpilih” dari setiap pelusuk Negara. Tidak dinafikan ada kalanya tekanan menghantui fikiran para pelajar akan tetapi itu semua adalah lumrah kehidupan. Setiap pelajar harus menguatkan iltizam masing-masing untuk membuktikan kemampuan agar tidak menghampakan harapan ibu bapa dan jaga penaja yg menaruh harapan tinggi menggunung.












Selain tanggungjawab menuntut ilmu, pelajar juga tidak lupa kewajipan terhadap masyarakat dan golongan yang memerlukan pertolongan. Selepas melalui hari-hari sukar di minggu peperiksaan, pelajar-pelajar telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Darul Falah di Terengganu pada bulan April yg lalu. Berbekalkan ilmu di dada yang ingin dikongsi bersama dengan penghuni “Panti Asuhan” tersebut, pelajar meninggalkan UNITEN menuju ke destinasi yg memakan masa yg terlalu panjang. Mujurlah PPOU mengajar mereka erti kesabaran. Dan program yg banyak mengajar pelajar tentang erti kesyukuran dan pentingnya berdikari berakhir dengan jayanya dan menjadi teladan untuk jadi bekalan di masa hadapan sebagai pendidik anak bangsa.








Pelbagai peperiksaan yg menguji tahap kefahaman dan fokus pelajar dalam setiap mata pelajaran sedikit sebanyak membantu dalam menyediakan diri agar setara dengan tahap pemikiran dan daya saing pelajar di luar Negara kelak. Termasuk IELTS yg merupakan salah satu kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara selepas tamat pengajian di UNITEN. Sungguhpun mencabar kreadibiliti setiap pelajar, berbekalkan tunjuk ajar pensyarah yg sangat komited dengan tugas masing-masing setiap peperiksaan dapat ditempuhi dengan cemerlang walaupun ada sesetengah yg kurang bernasib baik. Namun, semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam setiap diri pelajar sedikit sebanyak membantu mereka untuk bangun memperbaiki kelemahan masing-masing.







Selaras dengan peranan pelajar di masa hadapan sebagai pendidik anak bangsa, pelajar telah melibatkan diri dalam projek komuniti untuk kali kedua yg bakal berlangsung di Kampung Pantos, Kuala Lipis Pahang yg merupakan sebuah perkampungan orang asli. Oleh itu, pada awal semester pertama bagi sessi 2008/2009, semua pelajar telah sebulat suara melantik ahli jawatankuasa bagi setiap exco bagi memastikan projek ini berjalan lancar. Segala perselisihan faham yg merupakan lumrah dalam sesuatu organisasi dapat diatasi dengan semangat kerjasama dan kepimpinan yg berwibawa. Segala usaha dalam mengumpul dana bagi projek ini berjalan lancar dan bersistematik. Diharap semangat kerjasama inilah yg akan memastikan keberkesanan projek ini kelak dan mengubah impian kumpulan sasaran menjadi realiti.








Tuesday, July 29, 2008

TAK KENAL MAKA TAK CINTA











PPOU merupakan Program Persediaan Pelajar ke Universiti Terkemuka di Luar Negara yang terdiri daripada 30 orang pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan 6 orang pelajar tajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (FELDA). Pelajar-pelajar ini akan mengikuti program PPOU selama setahun setengah di Universiti Tenaga Nasional sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di luar Negara.


Pelajar-pelajar tajaan KPM ini adalah bakal menjadi guru pakar dalam bidang Fizik dan Pendidikan Khas yang akan melahirkan generasi muda yang mempunyai minda kelas pertama,mempunyai jati diri yang optimis dan membawa negara ke puncak persada dunia .Selain itu,pelajar-pelajar tajaan FELDA pula merupakan bakal jurutera yang akan melakar bangunan pencakar langit dan teknologi yang mampu meningkatkan taraf pembangunan dunia.

Institut Kajian Liberal atau lebih sinonim dengan singkatan IKAL adalah tempat pelajar PPOU menimba ilmu dan memantapkan asas kendiri sebelum melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka luar negara. IKAL adalah di bawah naungan dekannya iaitu En. Mohd Arif bin Ahmad Tarmizi. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh,berkarisma dan mesra pelajar. Beliau juga adalah penyelaras program PPOU ini.


Asalnya Uniten Universiti Idaman,
Siswa Gemilang Mengukir Nama;
Semangat Di Genggam Mengukir Impian,
PPOU Gemilang Mengubah Dunia.

PPOU merupakan Program Persediaan Pelajar ke Universiti Terkemuka di Luar Negara yang terdiri daripada 30 orang pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan 6 orang pelajar tajaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA). Pelajar-pelajar ini akan mengikuti program PPOU selama setahun setengah di Universiti Tenaga Nasional sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di luar Negara. Pelajar-pelajar tajaan KPM ini adalah bakal menjadi guru pakar dalam bidang Fizik dan Pendidikan Khas manakala

Sebelum ini PELAJAR PPOU pernah mengadakan satu program di Rumah Anak Yatim Darul Falah, Terengganu. Program Curahan Kasih Intaian sayang pada kali ini merupakan kesinambungan daripada program tersebut.