CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 30, 2008

SaTu SeMaNgaT, SaTu TuJuaN, SaTu DesTiNaSi...

Program PPOU 07/08 telah melakar 1001 kenangan dan telah menyatukan puluhan hati dengan kasih sayang dan persahabatan yang amat sukar dilupakan. Sepanjang program ini selama setahun yang lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan dan aktiviti-aktiviti itulah yang sedikit sebanyak menguatkan lagi ikatan di antara kami.

Dimulakan dengan minggu suai kenal pada minggu pertama selepas pendaftaran di mana setiap pelajar mula mengenali antara satu sama lain. Dengan bimbingan senior yang lebih berpengalaman, setiap batu penghalang dan kejutan budaya sebagai pelajar universiti ditempuhi bersama. Tanpa rasa benci dan prejudis antara satu sama lain, pelajar yg datang dari pelbagai latar belakang dan gaya pemikiran yg berbeza terus mengukuhkan keazaman untuk menimba ilmu demi satu matlamat yg sama.







Bergandingan bahu dengan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), sesi pembelajaran bermula dengan tugasan yang semakin bertambah dari hari ke sehari tetapi setiap pelajar terus berusaha sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yg terbaik selaras dengan status “Pelajar Terpilih” dari setiap pelusuk Negara. Tidak dinafikan ada kalanya tekanan menghantui fikiran para pelajar akan tetapi itu semua adalah lumrah kehidupan. Setiap pelajar harus menguatkan iltizam masing-masing untuk membuktikan kemampuan agar tidak menghampakan harapan ibu bapa dan jaga penaja yg menaruh harapan tinggi menggunung.












Selain tanggungjawab menuntut ilmu, pelajar juga tidak lupa kewajipan terhadap masyarakat dan golongan yang memerlukan pertolongan. Selepas melalui hari-hari sukar di minggu peperiksaan, pelajar-pelajar telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Darul Falah di Terengganu pada bulan April yg lalu. Berbekalkan ilmu di dada yang ingin dikongsi bersama dengan penghuni “Panti Asuhan” tersebut, pelajar meninggalkan UNITEN menuju ke destinasi yg memakan masa yg terlalu panjang. Mujurlah PPOU mengajar mereka erti kesabaran. Dan program yg banyak mengajar pelajar tentang erti kesyukuran dan pentingnya berdikari berakhir dengan jayanya dan menjadi teladan untuk jadi bekalan di masa hadapan sebagai pendidik anak bangsa.








Pelbagai peperiksaan yg menguji tahap kefahaman dan fokus pelajar dalam setiap mata pelajaran sedikit sebanyak membantu dalam menyediakan diri agar setara dengan tahap pemikiran dan daya saing pelajar di luar Negara kelak. Termasuk IELTS yg merupakan salah satu kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara selepas tamat pengajian di UNITEN. Sungguhpun mencabar kreadibiliti setiap pelajar, berbekalkan tunjuk ajar pensyarah yg sangat komited dengan tugas masing-masing setiap peperiksaan dapat ditempuhi dengan cemerlang walaupun ada sesetengah yg kurang bernasib baik. Namun, semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam setiap diri pelajar sedikit sebanyak membantu mereka untuk bangun memperbaiki kelemahan masing-masing.







Selaras dengan peranan pelajar di masa hadapan sebagai pendidik anak bangsa, pelajar telah melibatkan diri dalam projek komuniti untuk kali kedua yg bakal berlangsung di Kampung Pantos, Kuala Lipis Pahang yg merupakan sebuah perkampungan orang asli. Oleh itu, pada awal semester pertama bagi sessi 2008/2009, semua pelajar telah sebulat suara melantik ahli jawatankuasa bagi setiap exco bagi memastikan projek ini berjalan lancar. Segala perselisihan faham yg merupakan lumrah dalam sesuatu organisasi dapat diatasi dengan semangat kerjasama dan kepimpinan yg berwibawa. Segala usaha dalam mengumpul dana bagi projek ini berjalan lancar dan bersistematik. Diharap semangat kerjasama inilah yg akan memastikan keberkesanan projek ini kelak dan mengubah impian kumpulan sasaran menjadi realiti.








Tuesday, July 29, 2008

TAK KENAL MAKA TAK CINTA











PPOU merupakan Program Persediaan Pelajar ke Universiti Terkemuka di Luar Negara yang terdiri daripada 30 orang pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan 6 orang pelajar tajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (FELDA). Pelajar-pelajar ini akan mengikuti program PPOU selama setahun setengah di Universiti Tenaga Nasional sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di luar Negara.


Pelajar-pelajar tajaan KPM ini adalah bakal menjadi guru pakar dalam bidang Fizik dan Pendidikan Khas yang akan melahirkan generasi muda yang mempunyai minda kelas pertama,mempunyai jati diri yang optimis dan membawa negara ke puncak persada dunia .Selain itu,pelajar-pelajar tajaan FELDA pula merupakan bakal jurutera yang akan melakar bangunan pencakar langit dan teknologi yang mampu meningkatkan taraf pembangunan dunia.

Institut Kajian Liberal atau lebih sinonim dengan singkatan IKAL adalah tempat pelajar PPOU menimba ilmu dan memantapkan asas kendiri sebelum melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka luar negara. IKAL adalah di bawah naungan dekannya iaitu En. Mohd Arif bin Ahmad Tarmizi. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh,berkarisma dan mesra pelajar. Beliau juga adalah penyelaras program PPOU ini.


Asalnya Uniten Universiti Idaman,
Siswa Gemilang Mengukir Nama;
Semangat Di Genggam Mengukir Impian,
PPOU Gemilang Mengubah Dunia.

PPOU merupakan Program Persediaan Pelajar ke Universiti Terkemuka di Luar Negara yang terdiri daripada 30 orang pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan 6 orang pelajar tajaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA). Pelajar-pelajar ini akan mengikuti program PPOU selama setahun setengah di Universiti Tenaga Nasional sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di luar Negara. Pelajar-pelajar tajaan KPM ini adalah bakal menjadi guru pakar dalam bidang Fizik dan Pendidikan Khas manakala

Sebelum ini PELAJAR PPOU pernah mengadakan satu program di Rumah Anak Yatim Darul Falah, Terengganu. Program Curahan Kasih Intaian sayang pada kali ini merupakan kesinambungan daripada program tersebut.